|
Dewan ini terletak di tingkat 2 Maktab PDRM Kuala Lumpur, ia mempunyai dua aras
di mana aras bawah adalah untuk tetamu biasa dan aras atas untuk tetamu VIP.
Bagi aras bawah, kapasitinya ialah 600 orang (dengan susunan meja bulat) dan
seramai 750 orang boleh muat jika jamuan dibuat secara "buffet". Disamping itu
dewan ini telah dilengkapi oleh alat audio visual, alat pemancar serta berhawa
dingin. Tempat untuk penyediaan jamuan juga disediakan di sebelah kiri dewan
ini dengan kemudahan seperti "dumb waiter", stor pinggan mangkuk, basin air dan
sebagainya.
|