Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, sebagai
institusi latihan tertinggi PDRM, mempunyai peranan yang semakin mencabar dalam
melahirkan pegawai polis berwibawa, berpengetahuan, profesional dan proaktif.
Justeru itu, kursus-kursus yang lebih relevan dengan modul pembelajaran yang
lebih komprehensif telah disediakan untuk meningkatkan lagi kompetensi
pegawai-pegawai PDRM supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran semasa bagi
memenuhi tuntutan kepolisan moden.
|